Media Knights of Sidonia

Manga

Manga ditulis dan dilukis oleh Tsutomu Nihei. Ia diterbitkan dalam majalah Monthly Afternoon dari Kodansha pada 25 April 2009 dan berakhir pada 25 September 2015[2] Sebanyak 15 jilid tankōbon telah dibukukan sepanjang terbitan siri ini.

Anime

Adaptasi siri televisyen anime dihasilkan oleh Polygon Pictures dengan arahan oleh Kobun Shizuno bersama Hiroyuki Seshita, skrip oleh Sadayuki Murai dan rekaan watak oleh Yuki Moriyama;[3] ia ditayangkan pada 10 April 2014 hingga 26 Jun tahun sama di MBS dan kemudian di TBS, CBC dan BS-TBS.[4][5] Siri ini juga telah diedarkan secara antarabangsa oleh Netflix sejak 4 Julai 2014; ia merupakan anime pertama yang diedarkan khusus dalam servis ini[6] serta tersedia dalam Dolby Vision / High Dynamic Range.[7] Lagu pembuka musim ini, "Sidonia", digubah oleh Angela manakala lagu penutupnya adalah "Show" (掌) digubah oleh Eri Kitamura.

Musim kedua ditayangkan dari 10 April 2015 hingga 26 Jun 2015, dengan Kishi Kōshinkyoku (騎士行進曲, Knight March) oleh Angela sebagai lagu pembukaan dan "Requiem" oleh CustomiZ sebagai lagu akhir.[8] Musim ini dilancarkan di Netflix serata dunia pada 3 Julai 2015.[9]

Rujukan

WikiPedia: Knights of Sidonia http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/manga... http://www.animenewsnetwork.com/news/2013-05-16/ts... http://www.animenewsnetwork.com/news/2013-07-05/kn... http://www.animenewsnetwork.com/news/2013-12-12/ne... http://www.animenewsnetwork.com/news/2015-06-04/kn... http://www.animenewsnetwork.com/news/2015-08-23/kn... http://www.businessinsider.com/movies-tv-shows-ava... http://www.imdb.com/title/tt3398976/ http://knightsofsidonia.com/ http://knightsofsidonia.com/onair/